Saturday 31 March 2012

More And More!


Baru-baru ni saya ada order barang dari FATIN FARAH DE CRAFT. Di sebabkan teruja dengan KEMURAHAN harga mini sewing machine (ONLY RM8), jadi saya pun beli. Hehe.


Yey! Comel tak? Hehe. Saya AMAT lah suka dengan benda yang comel ni. Jadi dengan tidak berfikir panjang, di tambah pula dengan harga yang sangat murah jadi saya pun membelinya. TAPI saya tak beli yang ni semata-mata. 

Button RM3.80 (130 pcs)

HP Strap RM2.20 (11 pcs)

COLORFUL kan! Saya memang SUKA color-color ni. Kalau ada banyak-banyak color mesti susah saya nak pilih. Huuuuu~

Murah kan semua!
Apa lagi layarilah blog ni
Macam-macam ada! Macam Astro! ^_^
Saya jamin anda berpuas hati!

Truly by,
NFahmah NAzizan

New Item + Cheapest!


Kemarin seharian saya berjalan dengan kakak, saja la lama tak lepak dengan dia. Tapi dalam kepala memang set dah nah nak beli flannel kat kamdar. Sebelum nak ke kambar saya p la tempat lain dulu. Biasalah nama pun perempuan mesti lah shopping dulu benda lain kan. Dalam duk berjalan tu terjumpa satu kedai kain ni,  nama dia MEE CA MEE SILK STORE, selalu juga p kedai ni bila nak beli kain untuk raya. Saja la singgah tanya kot-kot ada flannel. Tanya punya tanya, jurujual tu kata ada. Saya pun apa lagi ikut dia la p tengok kain tu. Warna pun banyak la juga. Kemudian, as a buyer mesti lah nak tau harga kan. Tanya la harga, SERIOULY!!! MURAH gilaaaaa lahhh! Nak tau berapa? RM4.80. Murah la tu kan. Biasa saya tengok flannel ni RM5 keatas kan. Dengan tidak berfikir panjang saya pun beli. Apa tunggu lagi kan dah benda murah. Hehe.

Hoyehhh! 




Antara warna-warna yang saya beli.
(biru, kuning, merah dan pink)

Truly by,
NFahimah NAzizan

Wednesday 21 March 2012

Tweet! Tweet!


Tweet! Tweet! ^__^
Siapa ada twitter? Penulis pun ada juga, follow la. Hehe.
Tapi jarang buka, bukan jarang lah, memang tak buka pun. ~__~

 

Promote! Promote! Hehe.
Jangan lupa FOLLOW ME kat  juga ye!

Tapi comel kan burung ni. Penulis pun sampai terbawa-bawa ke craft. ^__^
Jom tengok jap.



Penulis buat HP Strap untuk diri sendiri. Lama tak gantung-gantung kat handphone. (",)
Sebenarnya lama dah buat buat, tapi lupa nak pos. Hari ni baru teringat. Heee~~

Truly by,
NFahimah NAzizan

Love Love Love Pillow


Hai semua! Baru-baru ni penulis ada buat PILLOW. Nak tengok? Jom.



Bantal ni tak jual lagi. Baru cuba-cuba buat. ^_^

Truly by,
NFahimah NAzizan

Tuesday 20 March 2012

Online Shop!

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi sokongan kepada penulis dalam membuat craft, terutamanya kepada keluarga yang banyak menyokong dan memberi tunjuk ajar kepada penulis sepanjang penulis belajar membuat craft, serta sumbangan-sumbangan malah memberi inspirasi kepada penulis dalam membuat craft ini.

Tidak lupa juga kepada pembaca yang setia dan sudi meluangkan masa untuk singgah sebentar di My Art Work Project. Terima Kasih banyak-banyak, semoga Allah merahmati kalian di mana jua kalian berada.

Jazakallahukhairan Khathira!


Akhir kata, dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, penulis mengisytiharkan bahawa MY ART WORK PROJECT melancarkan ONLINE SHOP!

 

SEKIAN TERIMA KASIH!

 

Truly by,
NFahimah NAzizan

Monday 19 March 2012

Give Away! (",)


Beras kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Ewah ayat macam nak kahwin. Hehe.

Kad kahwin dari Mak Su a.k.a Hasmilia Bt Abd Rahman

Kelmarin penulis pergi kenduri kahwin ni la. Sebab tu berpantun bukan main lagi. (padahal ambil dalam kad tu.hehe)

Yang mana satu pengantin ni. Hehe. Mesti la yang sebelah kiri pembaca. Cantik kan! Ramah lagi tu! I LIKE! ^____^

Zoomm in~~
Baru nampak muka, Cantik kan!

Hah! Ni la CAMERAMEN! Thank You ABANG CAMERAMEN a.k.a TUAN RUMAH a.k.a Mohd Hanif B. Lamin.


Front

Back

Kelmarin penulis ada pos entry tentang LOVE FRAME kan? Hah! Ni frame yang sama ja. Cuma tambah nama sikit. HP Strap ala-ala bantal saja nak bagi. Sesuai dengan warna merah tu. Hehe. Actually nak simpan untuk simpanan penulis, di sebabkan tak tahu nak letak mana jadi penulis bagi dekat pengantin yang cantik ni. ^_^ Macam GIVE AWAY la kan. Lebih sedap lagi hadiah untuk pengantin.

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Kiranya penulis promote barang penulis la. Kot-kot la berminat nak tempah pula. Di alu-alukan. Hehe.

Truly by,
NFahimah NAzizan 

Love Frame


Malam kemarin penulis mencabar diri untuk membuat frame. Fikir punya fikir dengan 101 cara untuk membuat frame, akhirnya berjaya juga. Kali ni inspirasi penulis adalah dari adik penulis. Adik penulis dapat hadiah kalender sempena Graduasi SPM 2011. Bentuk kalender tu ala-ala piramid, ala-ala segitiga, lebih kurang macam tu la. Dapat bayang tak? Kalau tak jom tengok frame yang penulis buat ni. ^_^ 

Front


Back


10 x 8 cm
Boleh maut saiz 3R dan 4R. 5R tak pasti. T_T


Nampak macam kosong, then terus tambah rama-rama tu. Hehe.

~Jangan lupa tinggalkan komen banyak-banyak. Maklumlah first time buat. ^_^ 

Truly by,
NFahimah NAzizan

Sunday 18 March 2012

Ala-ala Bantal ^__^


Apa khabar pembaca sekalian? Rasa macam lama sangat tak update blog. Sejak akhir-akhir ini penulis sibuk sikit dengan macam-macam hal. Sekarang ni pun sibuk juga tapi curi masa kejap untuk update blog. ^_^ 

Kali ini penulis nak share lagi tentang new design from felt craft. Penulis buat Hp Strap juga. Inspirasi dari My Mom la, macam biasa. Mulanya penulis tak buh butang pun. Pastu my mom suruh buh butang, nampak macam ala-ala bantal sikit. Dulu-dulu banyak la bantal yang jenis butang tengah. Sekarang jarang-jarang, mungkin penulis ja yang tak selalu nampak. ~__~ 

Jom jenguk! T_T



Truly by,
NFahimah NAzizan


Monday 12 March 2012

My Coin Purse ^__^


Hari ini penulis cuba buat coin purse untuk diri sendiri. Alhamdulillah berjaya juga. Penulis ambil inspirasi dari coin purse emak penulis dan ubah sikit-sikit, design pun ambil inspirasi dari jualan cupcake emak penulis. Hehe. Meh tengok! o_O

My MOM Cupcake ^_^

Front

Back

Truly by,
NFahimah NAzizan

Universiti Utara Malaysia


Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana telah memberi rezeki yang melimpah. Semoga Allah memberkati perniagaan yang kecil-kecilan ini.

Kemarin penulis ada membuat craft yang di tempah oleh Pn. Rohana iaitu emak penulis. ^__^ 

Emak penulis telah menempah key-chain. Tak kisah bentuk apa asal kan sesuai untuk orang corporate. Tapi mesti ada nama Universiti Utara Malaysia (UUM). Emak penulis ada juga sebut bentuk baju atau bentuk ala-ala bantal. Cuba lah buat, agak-agak sesuai untuk orang corporate ni. Jom tengok apa jadi! 






Sesuai ke tak agak-agak pembaca? Komen ek. Hehe.
Penulis saja buat dulu satu, untuk emak penulis memilih dan  memberi komen serba sikit, nak tambah apa, nak buang apa dan lain-lain.
My Mom is Everything! ^__^
Bagi penulis ada beberapa tempat yang perlu di perbaiki. Contohnya macam bentuk ala-ala bantal tu. Rasanya macam kena ubah sikit design dan bentuk nya. Harap-harap menjadilah. [",]

Truly by,
NFahimah NAzizan